Bersama hos, Ustaz Raja Muhazam Farid. Bacaan dan perkongsian mengenai Ayat 284, Surah Al Baqarah.

Apa yang akan dikongsi?

-Bacaan ayat tersebut  

-Perkongsian tajwid secara ringkas   

-Latarbelakang ayat tersebut   

-Analisa ayat tersebut dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita

"Pautan Amal” untuk episod ini ialah Projek60. Projek ini diusahakan oleh Ustaz Raja Muhazam Farid dan adalah usaha beliau untuk berkongsi pengalaman beliau mengekalkan ingatan hafazan beliau dengan cara yang berkesan dan kekal lama.

“Projek60 merupakan satu inisiatif yang saya bangunkan berdasarkan pengalaman peribadi saya berusaha mengekalkan ingatan hafazan saya dengan berkesan dan kekal lama. Ia diterbitkan setelah saya selesai berkongsi pengalaman saya melalui FB Live. 

Memandangkan tidak semua orang yang berkesempatan untuk mengikutinya, saya terbitkan dalam bentuk infografik agar ia mudah dirujuk, disimpan dan diikuti secara tersusun. 

Projek60 ini juga boleh saya sifatkan sebagai model motivasi kepada para huffaz; bahawa dengan perancangan dan disiplin yang strategik, sasaran untuk mengingati 30 juzuk Al-Quran dengan berkesan dan kekal lama bukanlah sesuatu yang mustahil, dan ia boleh terpakai kepada semua. Projek60 menerapkan elemen Scalability, Sustainability, Effectiveness dan Realisticity (SSER) dalam menyusun strategi.”

-Ustaz Raja Muhazam Farid

Projek60 boleh dimuatturun di sini: [Projek60.pdf - Google Drive]

Podden och tillhörande omslagsbild på den här sidan tillhör Azri Nawi. Innehållet i podden är skapat av Azri Nawi och inte av, eller tillsammans med, Poddtoppen.