Bersama hos, Ustaz Raja Muhazam Farid. Bacaan dan perkongsian mengenai Ayat 284, Surah Al Baqarah.

Bacaan ayat tersebut   Perkongsian tajwid secara ringkas   Latarbelakang ayat tersebut   Analisa ayat tersebut dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita

“Pautan Amal” untuk episod ini ialah Program SunduqWaqfKMB. Program ini di terajui oleh Badan Muafakat Kolej Mara Banting bertujuan untuk:

1. Menaiktaraf kemudahan Surau An-Nur Kolej Mara Banting (KMB) bagi kemudahan dan kegunaan jemaah Surau An Nur yang terdiri daripada anak anak, warga kmb dan juga penduduk sekitar Kolej Mara Banting.

2. Waqf untuk membuat susur jalan berbumbung dari pintu masuk KMB sehingga ke Surau An-Nur bagi kemudahan jemaah dan anak-anak yang balik di waktu hujan boleh berjalan dibawah susur jalan berbumbung dari Guard House ke Surau An-Nur.

3. Menaiktaraf alatan dan bantuan mengajar kemudahan dan alatan pengajaran di KMB.

4. Program kebajikan kepada para pelajar, kakitangan dan warga kmb.

Segala sumbangan boleh dibuat ke akaun Amanah Dana Waqf KMB (Rujukan: SunduqWaqfKMB) di Bank Islam Cawangan Banting (No. Akaun: 12074010075240). 

Untuk info lanjut sila hubungi En Hisham Abdullah, Naib YDP Badan Muafakat KMB & Bendahari, Persatuan Amanah Waqf di talian 012-2049889 atau email di [email protected] .

Podden och tillhörande omslagsbild på den här sidan tillhör Azri Nawi. Innehållet i podden är skapat av Azri Nawi och inte av, eller tillsammans med, Poddtoppen.